Harry Maguire. Foto Daily Mail.

LONDON – Manchester United dilaporkan bersedia menawarkan kontrak baharu selama lima tahun kepada Harry Maguire dengan gaji £300,00 (RM1.7 juta) seminggu, lapor Daily Mail.

Gaji mingguan kapten United itu ketika ini adalah sebanyak £189,000 (RM1.07 juta) seminggu dan kontraknya akan tamat pada Jun 2025.
Maguire, 28, telah menyertai United pada 2019 dari Leicester City dengan harga bernilai 80 juta pound (RM405.48 juta) sekaligus memecahkan rekod perpindahan pemain pertahanan paling mahal.
Maguire muncul pertahanan termahal di dunia sekali gus mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang Virgil van Dijk ketika Liverpool mengeluarkan belanja 75 juta poud (RM380.14 juta) bagi mendapatkan khidmatnya dari Southampton, tahun lalu.

Maguire juga menjadi pemain kedua termahal di Old Trafford selepas pemain tengah, Paul Pogba yang tiba ke kelab itu dengan harga memecah rekod dunia, 89 juta pound (RM451.10 juta) dari Juventus pada 2016. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast