Coordinating Minister of the National Covid-19 Immunisation Plan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar. PIX: MalaysiaGazette AstraZeneca vaccine vaccination senior citizens registration
Coordinating Minister of the National Covid-19 Immunisation Plan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar. PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan berlaku peningkatan kes selepas rentas negeri dibenarkan bagi mereka yang lengkap vaksinasi bermula hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun, kebanyakan kes adalah tidak bergejala dan bergejala ringan atau kategori 1 dan 2 dengan mengambil kira peratusan vaksinasi yang tinggi melebihi 80% di seluruh negara kecuali Sabah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, KKM telah menubuhkan National COVID-19 Rapid Response Task Force (RRTF) bagi menghadapi segala kemungkinan susulan pertambahan pergerakan itu.

RRTF adalah jawatankuasa khas yang akan melaksanakan tindakan awalan pantas dalam mengawal penularan di sesebuah negeri atau kawasan antaranya menambah katil dan mengubah suai katil bukan Covid-19, membina hospital medan dan menyumberluaran pesakit ke hospital swasta.

Khairy berkata, dalam fasa pandemik hidup bersama Covid-19, adalah menjadi tanggungjawab individu untuk memastikan keselamatan diri dan orang sekeliling daripada jangkitan virus itu atau ‘take charge’.

Tambahnya, vaksin telah terbukti berkesan mencegah jangkitan yang teruk, namun usia dan status kesihatan individu juga menjadi faktor penting.

Selain terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan terutama pemakaian pelitup muka dan kebersihan diri, orang ramai juga perlu memperkukuhkan kawalan kendiri dengan mengamalkan konsep Test, Report, Isolate, Inform dan Seek (TRIIS).

Jika bergejala, buat ujian saringan dan asingkan diri di rumah.

Laporkan kepada KKM menggunakan MySejahtera, maklumkan keadaan kesihatan untuk dipantau dan segera pergi ke fasiliti kesihatan jika gejala semakin teruk.

Kawalan kendiri bermaksud kita sendiri yang harus ada kesedaran, pengetahuan untuk memikul tanggungjawab melindungi diri, keluarga dan masyarakat.

Sehubungan itu, pastikan anda bebas Covid-19 sebelum memulakan perjalanan berjumpa ahli keluarga yang lain. – MalaysiaGazette