heart disease World Heart Day
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 mengatasi kes jangkitan baharu buat hari ke-25 berturut-turut hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes sembuh mencatatkan 10,833 kes berbanding 6,709 kes baharu, hari ini.

“Daripada 6,709 kes baharu itu, 6 kes adalah kes import yang mana lima melibatkan warganega dan seorang bukan warganegara.

“Kes tempatan adalah pada paras 6,703 kes dengan 6,454 kes adalah warganegara dan 249 kes bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perkembangan positif itu menyaksikan jumlah kumulatif individu yang dijangkiti virus berkenaan kini mencecah 2,346,303 kes.

Untuk rekod, semalam jumlah kes baharu Covid-19 ialah 7,373 kes berbanding 8,743 kes kelmarin.

Dalam pada itu, 762 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 398 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut perkongsian data COVIDNOW, kadar kematian setakat semalam adalah sebanyak 64 kes menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 27,329 kes.

Jumlah tersebut juga merangkumi kes kematian Brought in Dead (BID) iaitu sebanyak 14 kes.

KKM turut mengesan sembilan kluster baharu Covid-19 dimana empat daripadanya adalah jangkitan komuniti, masing-masing dua daripada kluster tempat kerja dan kumpulan berisiko, manakala satu melibatkan institusi pendidikan.

Kluster yang dikesan adalah dua di Selangor, dua di Johor, dua di Kelantan dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Pahang, dan Negeri Sembilan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: Kes positif turun 6, 709