KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima aduan rasuah oleh Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Nor Adam berhubung projek penambakan laut di Melaka.
Agensi siasatan itu dalam satu kenyataan lewat petang ini berkata, satu kertas sisatan berhubung isu berkenaan telah pun dibuka sebelum ini dan aduan yang dibuat di ibu pejabat SPRM hari ini akan dkepilkan dalam kertas siasatan
Menurut SPRM pihaknya akan menjalankan siastan menyeuruh berhubung kes ini meliputi semua aspek yang dibangkitkan dalam hal tersebut.
Artikel berkaitan:
Pada 7 Oktober lalu SPRM menegaskan akan mengadakan perjumpaan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron berkaitan dakwaan pembolotan projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan mengenai royalti pasir di Melaka.
Menurut SPRM, isu itu sangat serius dan mana-mana pihak yang memiliki maklumat atau bukti salah laku rasuah dan penyelewengan diminta tampil untuk memberi kerjasama kepada SPRM.
Idris dalam satu program bual bicara mendakwa terdapat pemimpin UMNO di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir. – MalaysiaGazette