Kira-kira 20 pemain kebangsaan antara 100 pemain yang dan keluarga yang di[indahkan dari Afghanistan ke Doha, Qatar oleh FIFA mengelak kekejaman Taliban.Foto Kredit: BBC Sport.com

LONDON – Sekitar 100 pemain bola sepak termasuk  wanita telah diselamatkan dan dipindahkan dari Afghanistan ke  Doha sejak rejim Taliban mula berkuasa di negara tersebut.

Kerajaan Qatar bekerjasama rapat dengan badan kawal selia bola sepak sedunia iaitu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mengkordinasi dan menyelamatkan para pemain  Afghanistan, menurut sumber terdekat misi tersebut.

Kumpulan itu difahamkan kira-kira 20 pemain bola sepak wanita kebangsaan Afghanistan turut diselamatkan dan ditempatkan di Doha.

FIFA kini dalam usaha untuk menyelamat dan memindahkan lebih ramai pemain bola sepak termasuk ahli keluarga mereka dari cengkaman Taliban.

“Sekitar 100 pemain bola sepak dan ahli keluarga mereka termasuk pemain wanita diselamatkan dari negara yang jatuh di tangan rejim Taliban pada Ogos lalu,” kataTimbalan Menteri Luar Qatar, Lolwah Al Khater dalam ciapan di Twitternya.

Selepas kejatuhan Kabul, para pemain bola sepak wanita diberi amaran oleh bekas kapten skuad wanita Afghanistan, Khalida Popal supaya memadam segala gambar mereka di media sosial serta menghapuskan kit pakaian bola sepak masing-masing.

Amaran itu menyusul mereka menjadi mangsa hukuman Taliban yang melarang wanita di negara itu terlibat dalam sukan.

Ramai pemain bola sepak wanita Afghanistan telah menyembunyikan diri sejak Taliban mengambilalih negara tersebut.

FIFA dan juga kesatuan pemainnya telah menulis surat kepada negara lain menagih bantuan untuk menyelamatkan dan membawa keluar para pemain dan keluarga mereka yang masih terperangkap di Afghanistan.

Pada September lalu, para pemain pasukan junior kebangsaan dari Afghanistan telah melarikan diri ke Pakistan untuk mencari perlindungan dan menyorok untuk berminggu lama.-BBC Sport.com