Askar Taliban mengepung kawasan masjid di Kandahar yang diletupkan. foto EPA

KABUL – Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan 70 lagi cedera selepas tiga letupan menggegarkan masjid di bandar Kandahar.

Gambar dari dalam masjid Bibi Fatima menunjukkan tingkap dan mayat yang bergelimpangan terbaring sementara para jemaah lain berusaha menolong.

Seorang wartawan tempatan yang dipetik oleh agensi berita Reuters mengatakan saksi melihat tiga penyerang bunuh diri.

Seorang meletupkan alat peranti di pintu masjid, dan dua lagi meletupkannya di dalam bangunan.

Tentera Taliban telah mengepung kawasan berkenaan dan menyeru orang ramai menderma darah untuk menyelamat mangsa, menurut laporan Reuters.

Setakat ini belum ada kumpulan yang mengaku  bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Namun, IS-K, cawangan tempatan Kumpulan IS dipercayai menjadi dalang serangan tersebut.

Kandahar adalah bandar kedua terbesar dan merupakan kawasan kelahiran Taliban, jadi serangan di sini oleh IS-K – yang sangat memusuhi Taliban akan menjadi signifikan.

Jumaat lalu, serangan bunuh diri di masjid di bandar Kunduz membunuh sekurang-kurangnya 50 orang.

IS-K mengaku melakukan serangan itu, tragedi yang menyaksikan kematian tertinggi sejak pasukan Amerika Syarikat keluar dari negara ini pada akhir bulan Ogos. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast