Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin bercakap selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur . Foto SYAFIQ AMBAK, 14 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO melahirkan rasa kecewa terhadap menyebaran audio rakaman audio perbualan dua individu mirip suara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Menurut ahli MKT, Datuk Zahidi Zainul Abidin, perkara itu dibincangkan ada dibincangkan dalam mesyuarat yang menimbulkan rasa tidak senang mereka.

“Perkara ini sepatutnya menjadi peribadi, hari ini MKT luahkan rasa kecewa, dan nyatakan pendirian kita bahawa perlu disiasat supaya masa depan ini tak berlaku lagi,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat MKT hari ini.

Selasa lalu, tular di media sosial rakaman audio perbualan dua individu mirip suara Ismail Sabri dan Idris Haron.

Bagaimanapun Idris menafikan rakaman audio berdurasi 7 minit 04 saat itu.

Dari pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Zahidi berkata pihaknya akan membuat siasatan terhadap penularan audio berkenaan.

“Kita akan buat siasatan adakah syarikat-syarikat telekomunikasi juga terlibat dalam merakam itu.

“Jadi KKMM akan melihat bahawa adakah ada antara syarikat-syarikat itu terlibat dalam usaha merakam suara-suara ini. Kita tak mahu ia berlaku lagi di masa depan, kita akan cari jalan penyelesaian bagaimana hendak mencegah daripada ia berlaku,” jelas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu lagi.

Di tanya sama ada Ismail ada membangkitkan mengenai perkara tersebut, Zahidi berkata perkara itu hanya dibangkitkan oleh ahli-ahli MKT.

“Perdana Menteri ada bangktikan apa-apa mengenai penyebaran audio tersebut? Tidak, hanya dibangkitkan oleh MKT,” jawab Ahli Parlimen Padang Besar itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast