KUALA LUMPUR – TM sudah mula memindahkan pelanggan unifi ke IP peribadi bagi membolehkan sambungan yang lebih lancar dan keselamatan yang lebih terjamin.

Peralihan ini akan melibatkan pelanggan unifi yang melanggan pakej unifi 30Mbps, 50Mbps dan 100Mbps dan kini menggunakan alamat Protokol Internet (IP) IPv4 awam yang dinamik.

Pelanggan-pelanggan ini sedang dialihkan ke IP peribadi, yang akan membolehkan mereka menikmati sambungan yang lebih lancar di dalam persekitaran yang lebih terjamin.

TM berkata, proses ini akan dilaksanakan secara jarak jauh oleh pihak kami, oleh itu, tiada sebarang tindakan perlu diambil oleh para pelanggan yang terlibat dengan proses peralihan ini.

Para pelanggan yang menggunakan CCTV berasaskan IP dan pengehosan yang telah dikenalpasti (known hosting) tidak akan terjejas kerana mereka akan dikecualikan daripada aktiviti peralihan ini.

Aktiviti ini sedang berjalan, dengan tempoh gangguan yang minimal (jika ada) iaitu antara dua hingga lima minit.

Setelah aktiviti peralihan ini selesai sepenuhnya, prestasi sambungan internet para pelanggan tidak akan terjejas.

Kesemua pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan terlebih dahulu berkenaan aktiviti ini.

”Kami percaya aktiviti ini dapat memberikan lebih jaminan keselamatan kepada para pelanggan unifi kami semasa mereka melayari Internet atau menggunakan alatan dan aplikasi dalam talian dan kami sentiasa meningkatkan dan memperbaiki penawaran produk kami untuk memenuhi keperluan dan penggunaan pelanggan daripada pelbagai segmen yang sentiasa berubah,” menurut TM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast