KUALA LUMPUR – Tidak peduli diberi gelaran walaupun dajal, Menteri Kesihatan akan tetap bertegas jika melibatkan golongan yang enggan divaksin Covid-19.
Tambah Khairy Jamaludin Abu Bakar, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus menyebarkan kesedaran dan penerangan tentang keberkesanan Covid-19.
“Hendak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul. Kita sudah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi dan kita terus memberi penerangan.
“Saya minta maaf saya terpaksa bertegas dalam isu ini. Panggilah saya dajal atau apa sekalipun,” ciapnya di Twitter.
Beliau berkata demikian membidas kembali kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Anwar baru-baru ini menyifatkan tindakan Khairy mahu menghukum golongan yang enggan menerima vaksin Covid-19 sebagai langkah sombong.
Sebelum itu, Khairy berkata, KKM akan terus menggalakkan lebih ramai rakyat menerima vaksin dengan menggunakan pendekatan untuk akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.
Jelas beliau, ia merupakan langkah memberi kesedaran terhadap perbezaan kelonggaran terhadap yang sudah divaksin dan sebaliknya kerana enggan.
Menteri Kesihatan itu berkata, walaupun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan antivaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolaknya.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: