A healthcare working showing the CoronaVac Covid-19 vaccine manufactured by Sinovac during the National Covid-19 Immunisation Programme at KPJ Tawakkal Hospital in Kuala Lumpur. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 07 JUNE 2021. PICK Adolescents
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 kini mencecah 21,993,417 orang atau 94 peratus setakat 11.59 malam tadi, demikian menurut data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW.

Dalam tempoh sama, sebanyak 97.3 peratus populasi dewasa atau 22,756,938 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 207,541 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja yang menjadikan kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 48,046,427.

Sementara itu, 9,139 dos penggalak kepada kumpulan sasar turut diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan dos penggalak diberikan kini 30,756.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 940,960 individu atau 29.9 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 2,483,693 individu atau 78.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula 8 Sept lepas.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast