KUALA LUMPUR – Para pengguna lebuh raya diminta berjaga-jaga kerana pihak polis akan sentiasa melakukan tinjauan secara mengejut di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid yang membuat tinjauan mengejut di Restoran Jejantas Sungai Buloh dilihat memasuki kedai-kedai makanan dengan bertanyakan beberapa perkara serta melakukan semakan.

“Tinjauan ini sememangnya akan dilakukan oleh pohak polis sejak kebenaran merentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lalu.

“Kami mahu pastikan semua rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengimbas MySejahera.

“Selain itu, untuk premis perniagaan juga pihak kami akan melakukan tinjauan yang sama di mana memastikan peniaga mematuhi setiap arahan yang telah ditetapkan,” katanya.

ACP Mohd Fakhruddin membuat tinjauan di premis makanan di kawasan Restoran Jejantas Sungai Buloh

Ketika ditanya apakah sudah ada kompaun yang dikeluarkan sepanjang tempoh lapan hari ini, Mohamad Fakhrudin berkata, setakat ini tidak ada untuk pengguna di kawasan R&R.

“Tetapi kawasan lain ada kompaun yang dikeluarkan tetapi jumlahnya sangat sedikit. Ini menandakan rakyat semakin mematuhi setiap arahan yang diberikan.

“Namun, pemantauan tetap akan dilakukan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Untuk rekod, kebenaran rentas negeri telah diberikan sejak 11 Oktober lalu di mana, rakyat Malaysia dibenar untuk pulang ke kampung ataupun bercuti.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast