Saluran televisyen Astro Warna memohon maaf berhubung klip video salah sebuah program terbitannya tular hingga menerima kecaman baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Saluran televisyen Astro Warna memohon maaf berhubung klip video salah sebuah program terbitannya tular hingga menerima kecaman baru-baru ini.

“Kami memohon maaf atas sebarang keterlanjuran yang telah menyinggung hati mana-mana pihak dan sentiasa untuk lebih peka serta berhati-hati dalam setiap aspek pengisian kandungan program-program terbitan kami di masa hadapan,” kata Astro Warna dalam satu kenyataan disiarkan di laman berita Astro Awani hari ini.

Pihaknya juga menyatakan mereka memandang serius mengenai perkara itu dan tidak akan berkompromi.

Ia ekoran klip video program Rumah No 107 yang memaparkan seorang pelakon menceritakan adegan rogol dalam sebuah filem.

Dalam klip video menampilkan pelakon, Fauzi Nawawi menceritakan pengalamannya melakonkan babak rogol dengan pelakon Raja Farah tular di media sosial.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya rasa malu, macam dibuka aib – Raja Farah