KUALA LUMPUR – Universiti Meritus, yang dimiliki oleh Kumpulan Halim Mazmin menawarkan biasiswa untuk program asasi dalam pengurusan perniagaan di universiti tersebut untuk pengambilan November/Disember 2021.

Biasiswa Kumpulan Halim Mazmin menawarkan sehingga RM16,000 bagi mereka yang layak mengikuti berkenaan.

Pengerusi Universiti Meritus Tan Sri Dr. Halim Mohamad berkata, biasiswa yang ditawarkan itu masih dibuka.

Terma dan syarat untuk biasiswa termasuk minimum lima kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau minimum Gred B dalam tiga mata pelajaran bagi Unified Examination Certificate (UEC) atau minimum Gred C dalam lima mata pelajaran bagi Ordinary Level (O-Level).

Pemohon yang berjaya akan diminta untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda dengan Universiti Meritus iaitu program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Perniagaan Maritim, Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kewangan (Strategi Pelaburan), dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengurusan Perniagaan.

“PTPTN juga akan disediakan dan dibantu oleh universiti untuk pemohon biasiswa ini yang berjaya. Biasiswa ini akan membantu pelajar yang memerlukannya untuk melanjutkan pelajaran mereka terutama dari kumpulan B40,” kata Halim.

Universiti Meritus, yang ditubuhkan pada bulan Februari 2016, untuk menghasilkan graduan yang seimbang dari segi intelek, rohani, fizikal, dan emosi terutamanya yang mampu memenuhi tuntutan majikan masa kini.

Sebagai universiti khusus, pendekatannya yang unik terhadap pendidikan adalah untuk menawarkan gabungan praktikal dan berkesan dari pembelajaran tradisional, moden, dan pengalaman untuk memastikan kejayaan.

Pada masa ini, universiti ini menawarkan program-program Asasi dalam Pengurusan Perniagaan, Diploma dalam Pengurusan Perniagaan, Sarjana Muda Sains (Kepujiaan) Perniagaan Maritim, Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kewangan (Strategi Pelaburan) dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengurusan Perniagaan.

Universiti ini juga menawarkan program sarjana iaitu Sarjana Sains dalam Perkapalan, Perdagangan, dan Kewangan, Sarjana Sains dalam Pengurusan Kekayaan, Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Doktor Falsafah dalam Perniagaan Maritim.

Pemohon yang berminat boleh menghubungi +603 22871000 atau melayari laman webnya di meritus.edu.my untuk maklumat lanjut. – MalaysiaGazette