Kes positif Covid-19 akibat virus omicron menunjukkan trend peningkatan di negeri-negeri.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,630 kes positif harian Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,420,222 kes setakat ini.

Perkembangan itu menyaksikan statistik jangkitan harian Covid-19 melebihi 6,000 kes untuk dua hari berturut-turut.

Semalam, negara mencatatkan kes positif baharu sebanyak 6,210 kes. – MalaysiaGazette