The Tiger is back!

KUALA LUMPUR – “The Tiger is back!”.

Itu catatan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas pulih daripada dijangkiti virus covid-19

Baginda berkongsi perkembangan terbaharu itu di Insta Story laman Instagram hari ini.

Tunku Ismail juga memaparkan gambarnya semasa menjalani rawatan akibat dijangkiti wabak tersebut dan keadaan selepas baginda pulih.

Baginda turut mengucapkan terima kasih kepada yang mengirimkan ucapan supaya kembali pulih.

Khabar menggembirakan itu turut dikongsi oleh penyokong JDT di laman Twitter.

“Baginda baharu sahaja pulih daripada jangkitan virus Covid-19.

“Alhamdulillah. Kami penyokong JDT mendoakan Tunku dan ahli keluarga Tunku kekal sihat dan dilindungi Allah SWT,” ciap @Harimauselatanj. – MalaysiaGazette