MACC Malaysian Anti-Corruption Commission 1MDB funds recovery assets
Seorang wanita akan direman sprm esok kerana disyaki menerima habuan bulanan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 337 syarikat, persatuan dan pertubuhan bukan kerajan (NGO) dikenal pasti sebagai penerima geran peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sejak 2019 hingga tahun ini dengan jumlah keseluruhan RM203 juta.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pasukan penyiasat sedang meneliti semua bentuk permohonan, laporan perbelanjaan dan program yang dikatakan telah dilaksanakan oleh semua penerima geran peruntukan MITRA sepanjang tempoh tersebut.

Sumber juga menjelaskan bahawa, peruntukan paling tinggi yang telah diluluskan oleh MITRA ialah pada tahun 2019 iaitu geran dana berjumlah melebihi RM90 juta.

Peruntukan itu telah diluluskan kepada kira-kira 205 syarikat, persatuan dan NGO manakala daripada jumlah terbabit, terdapat lapan syarikat memperolehi geran peruntukan lebih RM1 juta.

Turut difahamkan bahawa pasukan penyiasat SPRM mempunyai kekangan untuk menyiasat kesemua kira-kira 337 program yang telah disalurkan peruntukan MITRA.

Pendekatan SPRM sekarang adalah memberikan fokus kepada peruntukan melebihi 1 juta.

ARTIKEL BERKAITAN:

Sumber juga menambah bahawa, dipercayai tumpuan siasatan SPRM sekarang ialah berhubung dua fasa di mana fasa satu memberi tumpuan kepada 27 buah syarikat, persatuan, NGO yang telah menerima antara RM1 juta hingga RM9 juta.

Manakala fasa kedua pula SPRM akan bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk menubuhkan pasukan khas siasatan dalaman bagi memberikan tumpuan ke atas kira-kira 310 syarikat yang telah menerima peruntukan di bawah RM1 juta.

Kata sumber itu lagi, bagi penerima geran peruntukan di bawah RM1 juta, pasukan penyiasat telah mengenalpasti syarikat-syarikat tersebut.

Pasukan khas yang dibentuk antara SPRM dan Kementerian Perpaduan Nasional (KPN) akan memanggil kesemua yang terlibat untuk mereka membuktikan bahawa semua geran yang diterima telah dibelanjakan sebagaimana dalam permohonan.

Tambah sumber, setakat hari ini 28 Oktober 2021, seramai 18 orang pengarah syarikat telah ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan lebih ramai lagi akan ditangkap memandangkan fokus tumpuan pasukan penyiasat di fasa satu ini ialah terhadap penerima-penerima geran bernilai RM1 juta dan ke atas yang mana jumlah yang telah dikenalpasti ialah kira-kira 27 syarikat , persatuan , NGO.

Sumber turut memaklumkan, daripada 10 syarikat yang disiasat setakat ini,  didapati 80 peratus daripadanya telah menyalahgunakan dan menyeleweng peruntukan untuk kepentingan peribadi.-MalaysiaGazette