Tuesday, October 8, 2024
Home Belanjawan 2022 Bantuan Awal Persekolahan RM150

Bantuan Awal Persekolahan RM150

Reaksi murid sekolah darjah satu balik sekolah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Rendah Bukit Bandaraya, Bangsar. Foto HAFIZ SOHAIMI, 02 MAC 2021.
KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak mereka.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, sejumlah RM450 juta diperuntukan yang dijangka memberi manfaat kepada tiga juta murid yang layak.
“Dengan sekolah mula dibuka, suasana pembelajaran yang kondusif buat anak-anak akan terus diberi perhatian.
“Pada tahun hadapan, sejumlah RM1 bilion disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah.
“Peruntukan ini juga termasuk RM140 juta kepada Jakim bagi menyelenggara antaranya sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar iaitu meningkat berbanding RM100 juta pada tahun 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini. – MalaysiaGazette