heart disease World Heart Day
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 11 kluster baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr, Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, empat kluster tempat kerja dikesan di daerah Kulai, Johor; Tampin, Negeri Sembilan; Bentong, Temerloh dan Raub, Pahang dan Hulu Langat, Selangor.

Katanya, dua kluster komuniti Jalan Parit Papan dan Parit Enam Belas dikesan di Sabak Bernam, Selangor membabitkan saringan 67 individu dan 41 kes positif.

Menurutnya, kluster Jalan Parit Lapan membabitkan kes indeks seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dikesan positif Covid-19 pada 28 Oktober 2021 hasil saringan individu bergejala dan mula bergejala pada 16 Oktober lalu.

“Satu kluster kategori Berisiko Tinggi iaitu Lebuh Mcnair dikesan di Timur Laut, Pulau Pinang membabitkan 72 orang disaring dan 16 disahkan positif.

“Kes ini membabitkan penghuni dan kakitangan sebuah pusat jagaan yang terletak di Lebuh Mcnair George Town iaitu seorang lelaki warga emas tempatan berusia 77 tahun disahkan positif 27 Oktober lalu.

“Dua kluster Jalan Hang Tuah Jaya dan KM24 Kok Lanas kategori pendidikan tinggi dikesan Kota Bharu dan Alor Gajah serta Melaka Tengah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah beliau, dua kluster kategori Pendidikan Lain iaitu Jalan Permatang Bendahari dan Jalan Pahlawan Kluang dikesan di Seberang Perai Utara Pulau Pinang dan di Kluang Johor.

“Setakat ini di dalam negara sebanyak 5,763 kluster dilaporkan dan 5,303 kluster ditamatkan manakala sebanyak 460 kluster lagi dilaporkan masih aktif,” ujarnya. – MalaysiaGazette