Festival larian lembu yang menjadi acara pertaruhan mendapat bantahan majoriti penduduk Sepanyol. Gambar Reuters

MADRID – Seorang lelaki maut dengan berlumuran darah selepas cedera parah ditanduk lembu jantan dalam festival larian lembu di timur Sepanyol.

Ia merupakan kematian pertama seumpamanya di negara ini sejak acara sebegitu disambung semula selepas sekatan Covid-19 dilonggarkan semasa musim panas.

Lelaki berusia 55 tahun itu, yang tidak dinamakan, telah berulang kali diserang oleh lembu jantan pada acara perayaan di Onda.

Peserta lain cuba menarik haiwan itu tetapi usaha mereka gagal.

Lelaki itu meninggal dunia pada hari Sabtu di hospital di bandar berdekatan Villareal selepas pendarahan akibat luka di paha kirinya mengakibatkan alterinya berlubang di arterinya, kata perkhidmatan kecemasan.

Mangsa juga mengalami luka di kepala.

Susulan kejadian itu, Majlis Onda membatalkan acara tersebut. – Reuters