Mohd Redzuan Md. Yusof

KUALA LUMPUR – Bekas menteri Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof dilaporkan akan membuat satu kenyataan penting pada 9 November depan, demikian menurut laporan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, pengumuman tersebut berkaitan dengan karier politik beliau.

“Ramai orang yang bertanya Pak Wan sepatutnya orang yang membawa arus kebangkitan, perjuangan tapi saya tak boleh laungkan itu lagi, sebab saya sebutkan Bersatu telah berubah wajah.

“Ramai yang bertanya kenapa orang yang masuk Bersatu kemudiannya ke depan, saya tak tahu, the dynamic of Bersatu could be different..saya tak tahu, sebab saya pun tak terlibat dalam menguruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka,” katanya memetik laporan Melaka Hari Ini.

Menurut Redzuan yang lebih dikenali sebagai Pak Wan, dirinya merasakan kepimpinan dan Bersatu Melaka sudah mula melupakan beliau.

Ia ekoran beliau tidak lagi dipanggil untuk bersama-sama kepimpinan parti di peringkat negeri dalam membincangkan mengenai situasi politik di negeri tersebut.

“Hari ini ada kepimpinan baharu, apabila saya serahkan pimpinan kepada Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen, di mana keahlian ketika itu 16,000 orang.

“Selepas itu, saya tak tahu, saya tak terlibat dengan pengurusan, saya pun tidak dipanggil walaupun saya Ex-Offisio di Bahagian Alor Gajah dan Bendahari Alor Gajah, saya tidak melibatkan diri,” luah bekas Menteri Tugas-tugas Khas itu lagi.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu turut berpendapat parti yang disertainya sudah berubah wajah.

“Saya sebutkan Bersatu telah berubah wajah. Kalau perlu saya masuk dalam kelompok untuk memperjuangkan perjuangan kita, saya tak lari dari konsistensi saya, saya tetap perjuangkan perjuangan asal Bersatu.

“Macam saya sendiri berfikir ke mana Bersatu ini nak pergi sebab kepala saya (masih mengatakan) Bersatu dahulu adalah bersama Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad), Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Mahathir),” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast