KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,626 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 4,979 kes semalam.
Penurunan lebih 300 kes itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 kini berjumlah 2,476,268, kata Kementerian Kesihatan.
“Sehingga 1 November 202, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 4,626 kes,” ciap Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.
Untuk rekod, kadar kes itu baharu itu adalah yang terendah dalam 133 hari, sejak 21 Jun. – MalaysiaGazette