Datuk Ahmad Hairi Hussain

KUANTAN – Sebanyak 13 buah surau telah diberi kelulusan bagi mendirikan solat Jumaat di perkampungan Orang Asli di Pahang.

Ketua pegawai Eksekutif Majlis Agama Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, kelulusan terbaru diberikan kepada Surau Sungai Bejuang di Jerantut yang mana ia merupakan surang yang ke-13 diberi kebenaran itu.

“Permohonan surau kebenaran Jumaat telah dibuat awal tahun lalu, dan diluluskan selepas beberapa proses seperti lantikan imam, bilal dan siak,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Hairi berharap solat Jumaat serta solat jemaah lima waktu terus dihidupkan di 13 surau di perkampungan Orang  Asli di negeri ini.

Tambahnya, kebenaran diberikan kepada  Surau Kampung Sungai Bejuang kerana syarat permohonan yang mencukupi dan ia merupakan surau yang dibenarkan mendirikan solat Jumaat pertama di perkampungan Orang Asli di daerah Jerantut.

“Antara syarat asas permohonon surau kebenaran solat Jumaat perlu 40 jemaah yang bermastautin, persepadanan kariah dan perlaksanaan Jumaat secara berterusan.

“Sehingga kini hampir 18,000 masyarakat Orang Asli yang mengucap kalimah syahadah di negeri ini. – MalaysiaGazette