heart disease World Heart Day
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,403 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,516,255 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman sesawang covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari di kemas kini selepas tengah malam.

Semalam, negara merekodkan kes Covid-19 di bawah paras 5,000 kes iaitu sebanyak 4,543 kes. – MalaysiaGazette