Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 harian menunjukkan trend peningkatan selama empat hari berturut-turut apabila sebanyak 6,323 kes dilaporkan setakat jam 12 tengahari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,528,821 kes.

Semalam, kes harian Covid-19 berada pada paras 6,243 kes positif manakala pada  9 November lalu sebanyak 5,403 dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pada 8 November lalu, kes harian berada pada paras 4,000 kes iaitu lebih tepat 4,543 kes sebelum menunjukkan trend peningkatan.

Maklumat terperinci akan dimuat naik dalam laman Covidnow.moh.gov.my.

Data harian laman Covid-19 akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast