Wednesday, April 24, 2024
Home Seni Hidup Lepas jam tangan RM1.1 juta, beg tangan Siti berharga RM20,000

Lepas jam tangan RM1.1 juta, beg tangan Siti berharga RM20,000

Siti Nurhaliza. Foto Instagram Rizman Ruzaini.
KUALA LUMPUR – Penghibur nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mencuri perhatian apabila membeli sebuah beg dari jenama mewah beberapa jam sebelum menghadiri pertunjukan fesyen pereka Rizman Ruzaini di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), baru-baru ini.
Perkara itu didedahkan oleh pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini di laman Instagram miliknya.
Menerusi hantarannya, pereka tersohor itu pada mula memberi penghargaan buat Siti Nurhaliza kerana setia bersama jenamanya sejak hampir 16 tahun lalu.
Special thanks to Datuk Seri Siti Nurhaliza for making the time to come for our show last night.
“16 tahun usia Rizman Ruzaini, 16 tahun jugalah usia persahabatan RR bersama beliau. Thank you so much for the trust and always supporting RR.
And yes, it’s an honour to have her be the first to wear our spring summer 22 collection.
“P/s: she bought the Dior bag especially for our show (2 hours before) just to complete her look,” tulis pereka duo di ruangan kapsyen.
Beg tangan mewah jenama Christian Dior Medium Lady D-Lite berona putih hitam itu dianggarkan berharga RM20,000.

Sebelum ini pada majlis sama, kemunculan Siti Nurhaliza turut menjadi tumpuan ramai.

Ini kerana wanita berusia 42 tahun itu didakwa memakai seutas jam tangan jenama mewah iaitu Richard Mille ke majlis itu.

Apa yang menariknya, ada netizen yang telah berkongsi harga jam tangan yang dipakai penyanyi tersebut iaitu bernilai lebih RM1.1 juta. – MalaysiaGazette