Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa takut untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) di Johor.

Ini kerana, silap hari bulan Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak menang satu kerusi pun, kalau berlaku Pilihan Raya Negeri Johor, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.

“Itu yang Muhyiddin takut,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Pada masa sama, Mohd Puad turut mempersoalkan adakah Muhyiddin tidak jahat apabila menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui Langkah Sheraton kerana mahu menjadi perdana menteri.

Artikel berkaitan:Kalau fikirkan Bersatu, Kerajaan Negeri Johor boleh jatuh – Muhyiddin

Nak cabar saya tunggu PRU tengok siapa menang -Muhyiddin

PRN Melaka : Saya Boleh Tekan Button, Semua Jatuh – Muhyiddin

Muhyiddin jangan main ugut, ia memalukan – Noor Hariri

Maki Shahrir bodoh, Isham anggap Muhyiddin ‘koyak rabak’

Persoalan balas itu ditimbulkan selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa UMNO jahat kerana menumbangkan kerajaan sendiri di Melaka.

Mohd Puad menegaskan, kejatuhan Kerajaan Negeri Melaka yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) disebabkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi dalangnya.

Ia terbukti apabila temberang Datuk Seri Idris Haron pecah kerana beliau dijanjikan jawatan Ketua Menteri oleh Pakatan Harapan (PH).

Oleh sebab itu, Idris dijadikan calon di Asahan.

”Justeru, tidak perlulah Muhyiddin keluarkan perkataan “bodoh”,” katanya. – MalaysiaGazette

Shahrir jangan cabar saya tarik sokongan – Muhyiddin