Tan Sri Muhyiddin Yassin

ISKANDAR PUTERI – Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada pembentangan Belanjawan Johor 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tiba kira-kira jam 9.15 pagi duduk di barisan sama dengan dua bekas Menteri Besar iaitu Datuk Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dan Datuk Dr Sahruddin Jamal (Bersatu-Bukit Kepong).

Muhyiddin merupakan Menteri Besar Johor ke-13 pada 1986 hingga 1995 selepas memenangi kerusi DUN Bukit Serampang.

Bahaimanapun, Osman tidak hadir hari ini berikutan masih berehat selepas diserang angin ahmar pada 13 Oktober lalu.

Beliau dilaporkan telah menyerahkan surat ketidakhadiranya ke persidangan DUN Johor yang bermula hari ini hingga 28 November ini petang semalam.

Difahamkan bekas Menteri Besar Johor itu sedang menjalani fisioterapi pemulihan. – MalaysiaGazette