Datuk Seri Dr Santhara Kumar Deputy Minister New Zealand holidays P. Prabakaran
Dr. Santhara Kumar

KUALA LUMPUR – Sayap Bersekutu Nasional Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyokong penuh keputusan Perikatan Nasional (PN) menamakan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon pilihan Ketua Menteri Melaka.

Ketuanya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar berkata, keputusan yang diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu disambut baik oleh semua pengundi termasuk bukan Melayu di Melaka.

Ini kerana, katanya, umum melihat Mas Ermieyati sebagai pemimpin mesra rakyat berbilang kaum dan agama.

“Keputusan ini juga bakal melakar sejarah bagi Melaka kerana buat julung kalinya sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia bakal mendapat seorang Ketua Menteri daripada kalangan wanita.

“Ini adalah antara pengiktirafan tertinggi yang diberi kepada golongan wanita oleh kerajaan prihatin PN,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Dr. Santhara berkata, Sayap Bersekutu Nasional PPBM mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah yang akan bertanding di kerusi DUN Tanjung Bidara dalam PRN esok. – MalaysiaGazette