Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – AirAsia menawarkan harga tiket dari RM85 untuk perjalanan sehala ke Singapura antara 29 November 2021 dan 26 Mac 2022 dengan menekan ikon ‘Flights’ pada airasia Super App.

Nikmati juga tawaran kombo penerbangan dan hotel bernilai hebat dengan menekan ikon ‘SNAP’ pada Super App dengan diskaun sehingga 30%.

AirAsia berkata, syarikat itu menyokongan penuh pengumuman oleh kerajaan Malaysia dan Singapura untuk memulakan Lorong Perjalanan Bervaksin (VTL) antara kedua-dua buah negara sekali gus menyambung semula perkhidmatan udara di salah satu laluan penerbangan paling sibuk di dunia.

AirAsia akan menyambung semula penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 November 2021 dengan tujuh penerbangan mingguan.

Laluan ke bandar-bandar utama lain di Malaysia dan kekerapan penerbangan akan ditambah sejajar dengan peningkatan permintaan perjalanan sempena pembukaan semula lebih banyak destinasi percutian dalam masa terdekat, tertakluk kepada kelulusan dari pihak berkuasa.

Katanya, para penumpang lengkap vaksinasi yang ingin melancong ke Singapura diingatkan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Singapura sebelum menempah penerbangan mereka dan semasa ketibaan. – MalaysiaGazette