Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nasrudin Hassan,bercakap pada sidang media mengenaii program pencegahan rasuah bertempat di Kompleks Islam Putrajaya. FotoAMIRUL SHAUFIQ 23 NOVEMBER 2021.

PUTRAJAYA – Tindakan Pas menukar mana-mana Pesuruhjaya Negeri adalah perkara biasa, kata Ahli Jawatakuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut beliau, ia merupakan amalan biasa yang dibuat oleh pimpinan parti untuk melicinkan pergerakan Pas.

“Saya rasa itu hanya prosedur pentadbiran biasa, di mana menukar pesuruhjaya (negeri) ini adalah satu urusan parti untuk melancarkan gerak kerja parti.

“Tidak ada sebarang komplikasi apa-apa,” katanya ketika┬ádiminta mengulas laporan media mengenai pertukaran Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sidek dengan Ketua Dewan Ulama Pas Melaka, Zulkifli Ismail pada sidang media, di sini, hari ini.

Keputusan itu dibuat kira-kira 48 jam selepas Pas yang menyertai Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kalah teruk apabila gagal memenangi sebarang kerusi daripada lapan calonnya.

Dalam pada itu, menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi satu kenyataan, hanya Kamarudin tidak dikekalkan bagi sesi 2021-2023.

Bagiamanapun 13 lagi pesuruhjaya negeri masih dikekalkan dan menyandang jawatan yang sama.

Menurut Takiyuddin, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 21 November lalu yang dipengerusikan presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Antara perkara yang dibincangkan adalah pelantikan bagi jawatan-jawatan eksekutif berdasarkan peruntukan Fasal 25 (4), 25 (5) dan 39 (4) Perlembagaan Pas iaitu Ketua Penerangan, Penolong Setiausaha Agung, Ahli Jawatankuasa Dilantik dan Pesuruhjaya Pas Negeri/Wilayah Persekutuan,” katanya.

Pada PRN Melaka Sabtu lalu, Kamarudin tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Noor Helmy dengan majoriti tipis 200 undi – MalaysiaGazette