Sekumpulan warga asing tanpa izin dari Afrika yang dicekup oleh Imigresen dalam operasi PATI di Cyberjaya dan juga Puchong malam tadi.gambar ihsan JIM Putrajaya

KUALA LUMPUR – Sekumpulan warga Afrika yang bertindak agresif semasa diberkas oleh anggota Jabatan Imigresen (JIM) mengakibatkan penguatkuasa terbabit mengalami kecederaan dalam serbuan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Puchong dan Cyberjaya yang dilakukan semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi yang bermula jam 9 malam itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan penduduk tempatan yang kurang selesa dengan masalah sosial ditimbulkan warga asing tersebut di kawasan penempatan.

Sekumpulan warga asing tanpa izin dari Afrika yang enggan bekerjasama berjaya dicekup anggota Imigresen dalam operasi PATI di Cyberjaya dan juga Puchong malam tadi.gambar ihsan JIM Putrajaya

“Operasi ini disertai 30 pegawai dan anggota di kawasan tumpuan warga asing.

“Seramai 25 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu, lapan PATI yang terdiri daripada tujuh lelaki warga Nigeria dan seorang lelaki warga Pakistan telah diberkas,” katanya dalam kenyataan hari ini.’

Tambah beliau kesemua PATI yang ditangkap berusia antara 24 hingga 35 tahun.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan ada anggota Imigresen yang mengalami kecederaan selepas terbabit dalam pergelutan dengan warga Afrika yang enggan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Kesemua ditahan itu telah dikesan melakukan pelbagai kesalahan Imigresen termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, langgar syarat pas dan lain-lain kesalahan.

Sekumpulan warga asing tanpa izin dari Afrika yang enggan bekerjasama berjaya dicekup anggota Imigresen dalam operasi PATI di Cyberjaya dan juga Puchong malam tadi.gambar ihsan JIM Putrajaya

“Kes sedang disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Semenyih di sini, untuk tindakan lanjut,” tegas beliau.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here