Datuk Seri Najib Razak land gift award bungalow Mahathir Mohamad Anwar Ibrahim debate live Sapura Energy
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengesyorkan kerajaan menjual tanah di ibu negara yang sebelum ini dipohonnya sebagai pinjaman tanpa faedah.

Menurut bekas Perdana Menteri, jika ia benar-benar bernilai RM100 juta – ia perlu dimasukkan ke dalam tabung dan disalurkan sebagai pinjaman tanpa faedah bagi 20,000 penerima dengan nilai RM5,000 seorang.

Office saya cuma minta kediaman kerajaan pada tahun 2018 selepas PRU-14 seperti hak bawah akta yang kamu pinda itu. Tak langgar apa-apa undang-undang.

“Saya diberi pilihan rumah milik kerajaan di tiga lokasi dan saya pilih satu. Tiada pula saya minta kerajaan bayar RM100 juta untuk beli bagi saya atau pun saya diberitahu nilai.

“Dan saya juga telah membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut,” katanya dalam hantaran media sosialnya baru-baru ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada bantahan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai tawaran kerajaan kepada memiliki tanah yang dikatakan bernilai RM100 juta sebelum ini.

Najib dalam media sosial bertarikh 24 November lalu juga memuatnaik dokumen berkaitan tanah yang dikaitkan dengan Dr. Mahathir.

Najib dalam pada itu secara sinis juga memaklumkan beliau tidak ‘membayar’ kerajaan untuk mendapatkan kerajaan untuk dapat tanah tepi pantai seluas 34 ekar di Langkawi untuk tempoh 60 tahun dengan harga pajakan RM3,200 setahun seperti Mahathir.

Menurutnya, semasa tawaran tanah Langkawi itu diberi, anak Dr. Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah.

“Atau pun anak saya dapat tanah balak seluas 1,000 hektar (2,471 ekar) seperti anak dia dan banyak lagi. Nanti kita keluarkan satu-persatu.

“Oh.. tanah Putrajaya yang kamu kata kamu “bayar” kerajaan untuk beli itu, berapa luasnya dan berapanya harga yang kamu bayar? Dan hasil jualan saham syarikat MRCB yang Pak Kadir (Datuk Kadir Jasin) kata dia cuma jadi proksi itu, sudah ke mana?
Tapi baik juga Atok (Dr. Mahathir) mengaku bahawa dia lah yang pinda akta tersebut,” tulis Najib.

Beliau juga mahu Dr. Mahathir mendedahkan sekiranya beliau dan keluarga pernah menerima apa-apa tanah dari kerajaan.

“Tapi bagi kamu dan keluarga kamu? Tanah Langkawi tetap milik kamu. Tanah balak tetap milik keluarga kamu. Tanah Putrajaya tetap milik kamu,” katanya.

Najib juga menyatakan apa yang beliau dapat selepas sembilan tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri termasuk selepas berjaya menaikkan nilai simpanan negara dari RM800 bilion ke RM2 trilion.

“Dana sekurang-kurangnya RM642 juta yang saya terima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi secara peribadi seperti disahkan mahkamah, saya juga memberinya sepenuhnya untuk kerja CSR dan program-program Rakyat.

“Saya tak guna untuk peribadi saya pun.Saya pun dah tak mahu apa-apa sebab kamu asyik meroyan,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast