Foto MFL.

KUALA LUMPUR – Malam ini akan menyaksikan dua pasukan akan melangkah ke final Piala Malaysia Malaysia musim ini pada Selasa depan.

Namun dua aksi separuh perlu diharungi dianggap antara yang paling menarik dan sengit kerana bakal menampilkan empat pasukan yang memiliki kekuatan masing-masing.

Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC (TFC), KL City dan Melaka United masih kebal ketika ini kerana memegang rekod tanpa kalah sepanjang Piala Malaysia musim ini termasuk di peringkat kumpulan dan suku akhir.

Jadi, aksi kedua TFC dan JDT serta KL City menentang Melaka United bakal menyaksikan rekod pasukan mana yang akan lebur dulu selepas keputusan aksi pertama keempat pasukan berakhir dengan seri 1-1.

Pengendali TFC, Nafuzi Zain dan jurulatih KL City, Bojan Hodak sudah pasti memiliki strategi untuk memperkemaskan benteng pertahanan dan pada masa yang sama mengharapkan jaringan dapat dihasilkan jentera serangan di tempat lain

JDT mungkin berdepan tugas lebih sukar kerana lawan mereka bukanlah calang-calang pasukan, iaitu TC yang menjadi satu-satu kelab yang menewaskan mereka di Stadium Sultan Ibrahim. yang memegang status juara bertahan dan gergasi Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.

Malah berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan TFC sepanjang Piala Malaysia, kem JDT juga perlu bekerja keras bagi merencana strategi terbaik untguk memerangkap skuad Penyu.

Sementara itu, KL City juga memiliki kekuatan tersendiri kerana mereka menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum tewas di gelanggang sendiri sepanjang musim ini termasuk di Liga Super dan Piala Malaysia.

Namun kelebihan buat Melaka United untuk meraih sesuatu yang positif kerana menanti kunjungan KL City di Stadium Hang Jebat.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan kini hanya perlu memastikan momentum  mereka dapat diteruskan kerana Piala Malaysia kali ini adalah peluang terbaik untuk melangkah ke final buat kali pertama selepas 100 tahun tahun.- MalaysiaGazette