Kes positif Covid-19 akibat virus omicron menunjukkan trend peningkatan di negeri-negeri.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,896 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Menerusi catatan di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif individu yang dijangkiti virus tersebut adalah sebanyak 2,654,474 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

Ujarnya, data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. – MalaysiaGazette