Noor Hisham Abdullah Sarawak state election Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan empat lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,  penemuan itu menjadikan keseluruhan kluster yang dikesan di negara ini sebanyak 5,969.

Katanya, terdapat 227 kluster yang masih diklasifikasikan aktif namun, sudah 5,742 kluster lagi telahpun ditamatkan.

Terdahulu, hari ini Noor Hisham memberitahu, sebanyak 4,896 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Daripada jumlah itu beliau berkata, sebanyak 4,878 kes merupakan penularan tempatan manakala, 18 lagi adalah kes import.

Katanya, sebanyak 4,817 kes terdiri daripada kategori satu dan dua dan baki 79 kes lagi adalah dalam kategori tiga, empat dan lima.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 490 kes kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 269 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast