Ifa Raziah bersama seorang doktor pakar bariatik.

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon sensasi, Ifa Raziah mencabar mana-mana individu yang dapat mengemukakan bukti kukuh mengatakan dirinya melakukan kaedah ‘memotong usus’ atau bariatrik untuk kurus.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 46, berkata, jika berjaya membuktikan dia menggunakan jalan pintas untuk mempromosi produk menguruskan badan yang diasaskan olehnya, dia sanggup memberi wang ganjaran sejumlah RM200,000.

“Saya ingin mencabar kepada orang ramai dan warganet untuk mendapatkan wang tunai sebanyak RM200,000 dengan mengemukakan segala bukti yang kukuh seperti yang didakwa di media sosial.

“Mari beramai-ramai daripada terus menabur fitnah, lebih baik kemukakan bukti yang kukuh sebelum tarikh tutup pada Rabu iaitu 8 Disember. Saya akan memberikan ganjaran duit secara tunai,” tulis di Instagram miliknya.

Cabaran itu dikemukakan oleh Ifa selepas seorang doktor pakar bariatik berkongsi gambarnya bersama penyanyi yang datang ke sebuah hospital swasta sambil memuji penurunan berat badannya sebanyak tujuh kilogram.

Artis versatil itu sudah beberapa kali meluahkan rasa terkilan apabila ada individu yang mendakwanya menjalani pembedahan bariatrik atau potong usus untuk menjadi kurus.

Malah, dia tidak faham mengapa masih ada yang menyimpan hasad dengki terhadap dirinya sedangkan dia tidak pernah mengambil pusing tentang kehidupan orang lain.

“Saya kurus atas usaha sendiri, tiada hendak potong usus dan menyedut lemak walaupun saya mampu hendak membayar semula kos pembedahan itu.

“Saya hanya mengamalkan produk yang diasaskan iaitu Solid Molid selama empat tahun. Ramai yang sakit hati, busuk hati dan perut kerana cuba untuk menjatuhkan perniagaan saya,” tulisnya lagi.

Tambahnya lagi, apa yang membuatkan dia kesal ialah didakwa menjalani prosedur menguruskan badan secara cepat dan menipu denga  memaklumkan produk Solid Molid mampu menurunkan berat. РMalaysiaGazette