Petugas Unit Forensik melakukan kerja-kerja mengurus mayat yang kini ditempatkan dalam kontena khas selepas peti beku sedia ada telah penuh berikutan peningkat kes kematian Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2021.

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 38 lagi kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kumulatif kematian bertambah kepada 30,652.

Daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes merupakan kematian di luar hospital (BID).

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Perak lima kes manakala Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan dan Terengganu masing-masing empat.

Pahang dan Sabah pula tiga kes, Melaka dua kes serta Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak satu kes, menurut Kementerian Kesihatan.

Katanya, tiada kes kematian dilaporkan di Putrajaya, Labuan, Perlis dan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, seramai 463 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi termasuk 249 memerlukan bantuan alat pernafasan. – MalaysiaGazette