Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR  – Kadar kes harian jangkitan Covid-19 mencatatkan pertambahan, namun bilangannya di bawah paras 5,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 4,965 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada hari ini, peningkatan 703 kes daripada 4,262 kes yang direkodkan semalam.

Berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 meningkat kepada 2,667,999 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my – MalaysiaGazette