Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyampaikan borang kemasukan ke Insitut Pengajian Tinggi kepada pelajar di Karnival Jom Masuk IPT Keluarga MalaysiaÓ sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 10 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Enam pelajar bertuah apabila menerima surat tawaran kemasukan ke pusat pengajian masing-masing daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Surat Tawaran Sesi 2 2021/2022 Program Asasi Undang-Undang UiTM diberikan kepada  Farah Syuhadah Zahari, Intan Shaharah Shaharuddin dan Aiman Syafiq Ab Rashid.

Selain surat tawaran, mereka menerima sebuah komputer riba, Bantuan Baucar Tunai RM700 dan pelan Data RM200.

Dua lagi pelajar, Nehru A/L Krishnamorthy dan Ho Seng Onn menerima surat tawaran ke Politeknik  serta Muhammad Azim Nazran Zahari ke Kolej Komuniti Ampang.

Mereka juga menerima Bantuan Baucar Tunai RM500, scientific calculator dan thumb drive untuk kegunaan pelajar.

Acara ini dilaksanakan  menerusi Program Jom Masuk IPT sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Selain itu, dua orang penuntut IPTS menerima surat tawaran Wang Pendahuluan pinjaman (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dua pelajar lain pula menerima  surat tawaran biasiswa MAHSA.

Perdana Menteri turut menyerahkan siji Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL) kepada dua pelajar IPT.

Ismail Sabri selepas itu turut melawat tapak Karnival Kerjaya diiringi oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan. -MalaysiaGazette