Anggota bomba berdiri di luar ibu pejabat parti Ennahda selepas kebakaran berlaku di Tunisia, Khamis, 9 Dis, 2021. - Foto AP.

TUNISIA – Kebakaran ibu pejabat parti Islam terbesar Tunisia di Tunis semalam mengakibatkan seorang maut dan mencederakan 18 yang lain.

Memetik laporan ABC News, pihak berkuasa parti itu berkata, seorang bekas perdana menteri merupakan antara yang cedera selepas beliau melompat keluar dari tingkap.

Dalam satu kenyataan, mangsa yang maut adalah aktivis parti, Sami Sifi yang berusia 51 tahun.

Punca kebakaran bagaimanapun masih belum diketahui.

Kementerian Dalam Negeri Tunisia berkata, mayat yang rentung telah dibawa pergi oleh pasukan penyelamat.

Kira-kira 18 orang yang cedera kebanyakannya dirawat kerana masalah pernafasan.- ABC News