Anwar Ibrahim Najib Razak Rafizi Ramli debate Sapura Energy
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Isu pelantikan Digital Nasional Berhad (DNB) oleh Kementerian Kewangan melibatkan penyediaan 5G dilihat bakal menjadi skandal seperti isu 1MDB.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia menjadi isu kerana dilakukan tanpa dasar yang jelas, tiada ketelusan dan tanpa tender.

“Rakyat nak tahu, sejak Mac 2020 keputusan dibuat dan diberi secara rahsia kepada beberapa syarikat yang dipercayai melibatkan tokoh utama politik dan kaitannya.

“Pokoknya, tiada tender, proses tak teratur dan kosnya tidak menentu, kadangkala RM15 bilion dan naik RMRM18 bilion,” ujarnya dalam video di media sosialnya malam ini.

Anwar juga mengesyaki syarikat-syarikat telekomunikasi juga dipengaruhi dalam keputusan itu dan hairan kerana Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) tidak dirunding mengenainya oleh Kementerian Kewangan.

“Aneh, ini disebut kronisme, ketirisan, rasuah dan akan muncul lagi skandal baru sama atau lebih besar dari 1MDB,” katanya.

Beliau juga hairan kenapa ada kenyataan syarikat yang dilantik itu bagi memudahkan urusan dengan pihak Microsoft dan Google sedangkan ia boleh dilakukan sendiri oleh kerajaan.

“Keputusan masa darurat (tahun 2020) dengan kesamaran digunakan kaut keuntungan sebab itu kita harus waspada dan kami tetap akan menentang jika menggunakan kaedah yang ada sekarang.

“Mereka (kerajaan) berkeras akan muktamadkan Januari ini, kita beri peringatan, kita nak tahu syarikat mana dan siapa berselindung di atas,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast