Dr Muhamad Akmal Saleh Pulau Gadong Covid-19 cluster Melaka state election tahfiz centre madrasah Kolej Vokasional Melaka Tengah Covid-19 cluster Jalan Tun Telani Cluster students vocational college HFMD hand foot and mouth disease infectious
Dr Muhamad Akmal Saleh

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengesahkan kejadian salah laku membabitkan seorang doktor sebuah klinik swasta di negeri ini yang mengubah keputusan ujian pantas antigen (RTK-Ag) Covid-19 pesakitnya daripada positif kepada negatif.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mengesahkan perkara itu berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengumpul semua bukti sebelum membuat laporan polis.

“Ya memang kita ada menerima laporan salah laku doktor terbabit seperi dilaporkan media di sebuah klinik swasta terkenal di negeri ini, malah semakan mendapati ada lebih daripada satu aduan pesakit.

“Proses siasatan sedang berjalan dan jika ia terbukti benar, kita tiada akan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan mensabitkan ddoktor berkenaan di bawah Akta 342,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Taman Rempah, di sini malam ini.

Artikel berkaitan:

Beliau berkata demikian mengulas laporan MalaysiaGazette hari ini apabila pengadu mendakwa doktor sebuah klinik swasta terkenal di negeri ini bersubahat dengan pesakitnya untuk mengubah keputusan RTK-Ag Covid-19 daripada positif menjadi negatif.

Akibatnya, pesakit Covid-19 itu kini terpaksa ‘ditidurkan’ di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka kerana lewat mendapat rawatan menyebabkan virus semakin merebak.

Kejadian berlaku minggu lalu, apabila pesakit lelaki berusia 40-an yang bekerja di sebuah kilang di Cheng itu datang ke klinik swasta terbabit untuk melakukan ujian RTK-Ag kerana mempunyai simptom jangkitan virus berkenaan.

Hasil ujian kemudian menunjukkan keputusan positif Covid-19 namun lelaki berkenaan telah membuat ‘rundingan’ dengan doktor terbabit untuk menukar keputusan positif Covid-19 itu menjadi negatif bayaran tertentu sebagai ‘upah’.

Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata, biarpun kes berkenaan adalah terpencil, ia sama sekali tidak boleh diterima kerana jelas menyalahi etika perubatan yang boleh dikenakan tindakan menggantung lesen perubatan doktor terbabit.

“Saya tidak boleh bertolak ansur dalam kes ini kerana ia melibatkan etika dan nyawa bukan sahaja pesakit berkenaan, malah orang ramai yang tidak bersalah.

“Tindakan tegas perlu diambil termasuk menggantung lesen doktor terbabit kerana ia jelas menyalahi undang dan saya berharap ini akan menjadi pengajaran kepada semua pihak,” katanya. – MalaysiaGazette