Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4, 401 kes sembuh jangkitan Covid-19 direkodkan berbanding 3,504 kes positif pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,606,309 kes.

Katanya, daripada 3,504 kes positif baharu, 76 kes merupakan kategori 3, 4, dan 5 dan selebihnya terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kes import 24 kes (15 warganegara; 9 bukan warganegara). Kes tempatan 3,480 kes [3,364 warganegara (96.7%); 116 bukan warganegara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, katanya, sebanyak 408 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selain 206 kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan enam lagi kluster baharu dikenal pasti pada hari ini. – MalaysiaGazette