Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,504 kes positif baharu hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah berkurang sebanyak 1,122 kes berbanding 4,626 kes semalam.

Menurut Hisham, angka terkini hari ini menjadikan jumlah kumulatif  kes sebanyak 2,695,143.

Dr Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan (Rt) seluruh negara adalah 0.97.-MalaysiaGazette