Ronaldo dan Messi bakal bersemuka selepas Manchester United dan PSG akan bertembung untuk musim ketiga Liga Juara-Juara Eropah kali ini.foto kredit the Sun.co.uk

LONDON – Paris Saint Germain akan berhadapan Manchester United pada perlawanan kalah mati 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah.

Kali terakhir bintang kedua-dua kelab, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bersemuka pada peringkat kumpulan pada musim lalu.

Pemain antarabangsa Portugal itu menjaringkan dua gol untuk membantu Juventus menumpaskan Barcelona 3-0 di Nou Camp.

Dalam aksi peringkat 16 pasukan, peraturan kelebihan gol di tempat lawan dimansuhkan.

Peraturan yang digunapakai sejak tahun 1965 itu adalah untuk menentukan pemenang perlawanan timbal balik apabila dua pasukan terikat daripada segi agregat selepas mengharungi dua perlawanan.

Pasukan yang berjaya menjaringkan gol lebih banyak di tempat lawan akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Bagaimanapun, syarat baharu akan menyaksikan pasukan yang mempunyai agregat gol yang sama selepas dua perlawanan akan mengharungi masa tambahan disusuli penentuan sepakan penalti, jika masih terikat.

Undian bagi pasukan yang layak ke separuh akhir akan dilakukan pada 18 Mac 2022 dan perlawanan akhir dijadualkan pada Sabtu 28 Mei 2022 di Stadium Krestovsky di Saint Petersburg, Russia. -ESPN.

Keputusan undian pusingan 16 pasukan:

Benfica vs. Real Madrid

Villarreal vs. Manchester City

Atletico Madrid vs. Bayern Munich

FC Salzburg vs. Liverpool

Inter Milan vs. Ajax

Sporting CP vs. Juventus

Chelsea vs. Lille

Paris Saint-Germain vs. Manchester United – MalaysiaGazette