MGNews: Lim Guan Eng Masuk IJN, Kes Rasuah Tetap Diteruskan

Perbicaraan kes Lim Guan Eng yang berdepan empat pertuduhan rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang tetap diteruskan hari ini walaupun tanpa kehadiran bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen di sini, anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Ahad.