resignation resign Speaker of Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. Perikatan Nasional PN majority support Muhyiddin face mask MP Members of Parliament MPs
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) pindaan terakhir yang sepatutnya dibentang dan dibahaskan hari ini telah ditangguhkan pada  Isnin depan.

Perkara itu dimaklumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun sebaik Dewan Rakyat meluluskan RUU Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2021 pada pukul 3.45 petang ini.

“Dimaklumkan, Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah bersetuju untuk menambah satu hari lagi bagi Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat Penggal Keempat Parlimen ke-14 tahun 2021.

“Ini selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat iaitu pada Isnin 20 Disember 2021 bagi membolehkan Rang Undang Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit pindaan 2021 dibentangkan dan diputuskan Dewan Rakyat.

“Notis bertulis akan diberikan kepada semua Ahli Dewan Rakyat selepas ini,” katanya.

Dewan Rakyat yang bersidang pada 25 Oktober selalu sepatutnya tamat hari ini dengan pembentangan usul pindaan RUU Akta 342.

Bagaimanapun, pindaan itu, sebelum dibentangkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dikatakan mendapat bantahan daripada semua ahli Parlimen blok pembangkang dan sebahagian daripada kerajaan.

Malah beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut berhimpun di luar bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Khairy mendesak tidak sewenang-wenangnya meminda enakmen dalam akta itu yang dikatakan menzalimi rakyat.

Dewan Rakyat agak tegang petang ini dengan suara ahli Parlimen tidak bersetuju dengan penambahan hari bersidang yang ditangguhkan pada Isnin ini kerana mempunyai aktiviti bersama rakyat di kawasan masing-masing.

Malah ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sudah pun membuat tempahan tiket penerbangan untuk balik ke kawasan.

Bagaimanapun, Azhar Azizan tetap dengan keputusan yang diputuskan Ismail Sabri selaku ketua majlis untuk menangguhkan persidangan pukul 10 pagi Isnin ini khusus untuk membahaskan RUU Akta 342. – MalaysiaGazette