The Minister of Youth and Sports, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu speaks to the media after sending off Team Todak and Team SMG for the Mobile Legends: Bang Bang M3 World Championship at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) in Sepang, Selangor. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 23 NOVEMBER 2021 GE15 15th General Election
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Foto HAZROL ZAINAL, 23 NOVEMBER 2021.

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu secara sinis mencadangkan supaya Datuk Seri Idris Haron belajar mengaji bagi mengisi masa lapang selepas tidak lagi menjadi Ketua Menteri Melaka.

Berkongsi pengalamannya, Ahmad Faizal berkata, selepas tidak lagi menjadi Menteri Besar (MB) Perak, beliau banyak menghabiskan masa dengan mengaji dan membetulkan bacaan di dalam solat selama lebih lapan bulan.

“Saya cadangkan kepada Datuk Seri Idris sebagai kawan lama, selepas tak jadi MB Perak saya cuti lapan bulan saya belajar mengaji, saya belajar betulkan bacaan dalam solat dah tentu Datuk Seri Idris mempunyai banyak masa untuk berbuat begitu.

“Bagi saya, cadangan untuk menyatukan sesiapa sahaja memang dianggap baik tetapi kalau hendak campurkan air laut dengan air tawar kemudiannya hendak bela ikan itu bukan lah lagi satu cadangan yang baik,” katanya menerusi satu sidang media menjelang Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Damansara Perdana hari ini.

Ahmad Faizal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Idris supaya Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pimpinan PPBM perlu bersatu menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, bekas pemimpin UMNO yang kini bersama Parti Keadilan Rakyat itu percaya PH memerlukan wow factor untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15.

“Kena ada satu wow factor, mesti ada sesuatu besar berlaku dalam PH. Saya lihat kalau PH pergi solo, kita mungkin hadapi kesukaran mendapat sokongan pengundi-pengundi yang ikut parti,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal dalam wawancara eksklusif minggu lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast