Penduduk setempat meredah air banjir berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Susulan banjir kilat di beberapa daerah di Selangor, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan sidang media pada jam 11 malam ini.

Sidang media akan diadakan di Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Jalan Pulau Meranti, Puchong.

Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan seperti Meru, Klang, Shah Alam dikatakan paling buruk pernah berlaku dan ada antara kawasan yang tidak pernah berlaku banjir menjadi kawasan paling buruk dinaiki air. – MalaysiaGazette