Video tular Giant Seksyen 13, Shah Alam yang dinaiki air selepas banjir kilat.

KUALA LUMPUR – Semua pasar raya Giant di Selangor dan Lembah Klang akan ditutup sementara daripada jam 7 malam hari ini sehingga diberitahu kelak.

Pihak Pengurusan Giant dalam satu kenyataan berkata, penutupan dilakukan berikutan banjir kilat dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Tarikh pembukaan semula dan kemas kini akan dikongsi di halaman Facebook rasmi Giant.

“Kesejahteraan semua ahli pasukan dan pelanggan tetap menjadi keutamaan dan kami berharap semua kekal selamat dan berwaspada dengan keadaan semasa.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan sebarang kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.

Hari ini tular video banjir kilat di Giant Shah Alam dengan keadaan air yang naik hamper paras lutut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast